BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 29, 2010

Perkara-Perkara Yang Perlu Dihindari

Perkara Yang Harus Dihindari Dari Menganggu Hubungan Cinta  Bersama Pasangan 

Dalam meniti & mengharungi hidup bersama pasangan kita, kita hendaklah pandai menjaga & menghindari perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan cinta kita. Berikut ini adalah merupakan hal-hal yang perlu disedari & dihindari untuk tetap bahagia dengan pasangan.

1. Rasa Cemburu Yang Berlebihan
Ketika pasangan kita sedang berhubungan sosial dengan lawan jenis lain sebaiknya kita tetap tenang dalam batas wajar kerana hal tersebut adalah hal yang wajar. Terlalu cemburu akan membuat pasangan, isteri atau suami kita merasa tidak selesa dan terlalu dikongkong. Rasa cemburu memang diperlukan sebagai tanda cinta kepada pasangan, namun tetap harus dalam batasan yang wajar tidak berlebihan.
2. Senang Membuka Aib Dan Rahsia Keluarga / Pasangan Kita
Semua orang memiliki kekurangan dan kelebihan masing-masing sehingga kita perlu menghormatinya dengan tidak membocorkan hal-hal yang tidak perlu diketahui oleh orang lain. Terima segala kekurangan dan kelebihannya dengan ikhlas kerana biarpun kita mengganti pasangan belum tentu dapat yang lebih baik dari yang telah ada. Simpan baik-baik aib, kekurangan, masalah, rahsia, dan sebagainya yang ada pada pasangan kekasih, suami, isteri dan keluarga kita baik-baik.
3. Memelihara Penyakit Hati Berpanjangan
Penyakit hati seperti dendam, iri hati, dengki, berlagak dan lain sebagainya sudah tentu menjadi ancaman yang dapat merosak hubungan cinta kekasih, & suami isteri karena sifat tersebut adalah tercela yang kadang tidak disedari oleh diri sendiri. Kita harusnya selalu bersyukur dan beringat diri jangan senangnya hanya melihat kebaikan orang lain dan mencela dan merenungi keburukan / kekurangan diri sendiri dan pasangan.
4. Terjerumus Dalam Lembah Hitam Maksiat Dan Perbuatan Jahat
Kebiasaan buruk dan menjebak seperti judi, minuman keras, , rokok, pergaulan bebas, seks bebas,  dan jenayah akan hanya membawa kehancuran. Kegiatan tersebut merupakan hal-hal yang dilarang Allah SWT dan balasannya akan amat sangat pedih nanti di akhirat karena efek di dunia akan sangat buruk bagi diri sendiri, pasangan, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Jagalah kehormatan diri sendiri dan keluarga kita.
5. Senang Membuat Pasangan Marah / Emosi
Sebaiknya dalam hidup bersama pasangan suami/isteri atau dalam menjalin kasih dengan kekasih hati sebaiknya jangan membangkitkan kemarahan seperti :
a. menceritakan kenangan lama yang indah dengan kekasih sebelumnya.
b. menceritakan keburukan/kekurangan pasangan dan keluarga.
c. gemar memuji lelaki / wanita lain di depan pasangan.
d. kurang peka terhadap hal-hal yang tidak disukai pasangan.
Semoga dengan ini dapat sebanyak membantu kita dalam menjaga & mengukuhkan lagi hubungan cinta yang kita miliki..Selain itu, banyakkan bersabar dalam apa juga dugaan & masalah yang menimpa kita..Semoga berbahagia selalu....Amin

Mari Mengatasi Masalah Yang Mendatang

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Kita tidak mungkin lepas dari masalah. Oleh itu, mari amalkan perkara-perkara di bawah saat masalah menimpa. Lalu terima dan hadapi masalah tersebut dengan “lapang dada”.
1. Jangan panik
Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.
2. Jangan emosional
Jangan terpancing untuk marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah. Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak, yang tidak boleh adalah bertindak secara emosional.
3. Jangan tergesa-gesa
Tergesa-gesa itu berasal dari setan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang. Saat kita dihadapkan pada masalah yang rumit, segera petakan masalah tersebut, kumpulkan informasi secara BAL (benar, akurat, dan lengkap). Setelah informasi terkumpul baru kita membuat keputusan dan segera bertindak.
4. Jangan larut mendramatisasi
Sebagian penderitaan yang dialami adalah hasil dramatisasi pikiran kita sendiri. Akibatnya persoalan jadi tampak gawat, darurat, dan mencekam. Padahal boleh jadi setelah dijalani, masalah tersebut tidak segawat dan semencekam yang diperkirakan.
5. Jangan putus asa
Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT.

Tuesday, September 28, 2010

Apa itu CINTA???

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Saturday, September 25, 2010

Genting Highland

Salam buat semua...

Actually aku takde idea pun nak buat artikel ni...tp tgh aku dok layan kepala ni tiba2 aku terfikir tentang "Genting Highland"...hehehehe. Tentu korang pelik kan apa yg buat aku tertarik nak buat artikel psl genting ni.
Sebenarnyer pd aku yg peliknyer adalah sbb apa genting ni mjadi tumpuan ramai...kalo korang tak caya, cuba korang cuba book bilik kt genting....jarangggggggg sgt korang akan berjaya..padahal kt sini ada bberapa buah hotel yg besar yg memiliki ribuan bilik....Dah pelik? hahahahha
Aku pnh gak bberapa kali dtg kt genting ni, tp xde la menarik sgt selain cuacanyer sejuk (tp ada org ckp tak sesejuk dulu) & taman tema....Mungkin yg paling menariknyer adalah "kasino" kot...tp takkan org melayu dtg nak main judi hehehehhe.....padahal pengunjung melayu pun ramai gak...so lu pk la sendiri hihihi.
Tapi walau camana pun aku akui yg Genting ni mmg tpt terkenal & salah satu tpt "wajib" para pelancong yg bkunjung ke malaysia....
Aku dah abis idea & aku pun tak tau apa yg aku tulis ni...so jgn marah yer bro2 & sis2....
Apapn selamat berjaya buat blog miss pinky lady ni
Adiosssss

Sunday, September 19, 2010

Malique feat. Najwa - Senyum

MARI LAYAN LAGU INI....SENYUMMMMMMMMMMM....

Saturday, September 18, 2010

Gembiralah Selalu....

Syukur kepada anugerah & nikmat yg Tuhan berikan kepada kita dalam mengharungi perjalanan hidup ini..Bagaimana dengan perjalan hidup anda setakat ini?Adakah anda cukup bergembira dengan apa yang telah anda lalui & kecapi setakat ini? Bagi PL, sepanjang perjalanan hidup PL hingga ke hari ini banyak cabaran & pengalaman yang telah dilalui yang mana telah banyak mematangkan fikiran & diri PL..Alhamdulilah..Pelbagai kenangan manis tak kurang juga pahit yang mendewasakan diri...Itulah LUMRAH KEHIDUPAN..Nak tak nak terpaksa juga kita terima & hadapi...

Apa yang penting bagi PL, kita mesti rasa gembira@hepi selalu..Bila kita gembira, orang-orang disekeliling kita juga akan turut gembira..Barulah hidup ini akan lebih bermakna...

Sebenarnya, kata 'gembira' adalah susah untuk ditafsirkan kerana ia sangat subjektif dan abstrak..Gembira memang sukar  untuk dihuraikan kerana ada orang yang tak gembira tetapi berkata gembira dan ada yang gembira tapi berkata tak gembira...Apa-apa pun, kita berhak untuk mendapatkan kegembiraan..Bukan hanya sesaat tetapi untuk selamnya selagi ada hayat dikandung badan...

Pada semua, buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan anda dan orang yang tersayang..Bila kita gembira, hidup kita akan lebih bahagia..Tukarkan segala Negative Thinking kepada yg positif..Luahkan segalanya agar hidup lebih bahagia & gembira....

~~Gembiralah selalu..Hati Pasti Senang & Riang~~

Pondok Plastik Di Tepi Kubur

Selamat berhari minggu..ari ni PL tak sihat sangat..duk depan tv layan citer kat Astro..Kul 12, layan citer Pondok Plastik DiTepi Kubur. Gandingan pelakon yang mantap dengan sebuah kisah yang amat best..dalam citer ni memaparkan dua kisah yang boleh kita jadikan teladan..Teladan sebagai seorang isteri & teladan sebagai seorang anak..Lakonan mantap oleh Wan Maimunah sebagai Ibu, Sharol Nizam sebagai anak, Rafeena sebagai isteri & beberapa pelakon yang turut menjayakan drama ini...

Dalam menyaksikan citer ni, terdetik kat hati, ada ke lagi 'orang-orang macam ni"?..huhu..Tersentuh rasa hati..Sedih, geram, menyampah & tak lupa beristigahfar...

Kita mula ngan citer &pengajaran dari citer dengan Yati (sebagai Isteri&menantu)..Yati seorang menantu kepada Wan Maimunah yang merupakan seorang isteri yang sangat cantik & bergaya yang mana juga mempunyai seorang anak pompuan yang cacat..Dia suka membuatkan mak mertuanya sebagai hamba abdi dalam melakukan kerja rumah..semua pekerjaan dilakukan oleh mak mertuanya..Dalam masa yang sama, Yati akan memastikan suaminya (Sahrol) mengikut segala katanya hingga kan seorang anak sanggup lupakan MAK nya...Dalam masa yang sama, Yati mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemuda kampung. Dia hanya menunggu ketiadaan suaminya dan berlaku curang pada suaminya dirumah sendiri..dasyat sungguh Yati ni.. Selain membuatkan suaminya tunduk pada maknya sanggup juga berlaku curang..dalam Hati PL berdoa semoga tidak menjadi seorang Isteri yang derhaka pada suami & keluarga..Insya-Allah..

Berbalik pada kisah si anak (Shahrol) yang telah melupakan maknya kerana hasutan si isteri..Selain bekerja dia juga berjudi sehingga sanggup menggunakan duit yang nak dikirimkan untuk adiknya  untuk berjudi..Dia juga sanggup menjual tanah maknya senyap-senyap tanpa persetujuan..Tapi itu tak la PL tersentuh sangat tapi bila dia sanggup mengari maknya dan meletakan mak nya di pondok hanya kerana hasutan si isteri..Ya Allah, sekali lagi PL berdoa semoga tidak menjadi seorang anak yang derhaka...

Dalam akhir citer ni, si anak & si isteri telah mendapat balasan. Bak kata pepatah, Allah itu Maha Adil...Semoga sesiapa yang menonton citer ini akan memberikan kita keinsafan & jadikan teladan di masa akan datang... Kepada semua anak, ingatlah "SESUNGGUHNYA SYURGA ITU DITAPAK KAKI IBU"...Kepada semua suami, ingat lah yang " TUGAS SEORANG SUAMI ADALAH MEMIMPIN ISTERI  DAN BUKAN DIPIMPIN ISTERI"...Kepada semua isteri, "TAK MENCIUM BAU SYURGA ANDAI MENGABAIKAN & TAK TAAT PADA SUAMI"...

Ini lah pengajaran yang kita dapat dari citer ni...Syabas & Tahniah kepada Astro kerana menyiarkan citer yang best dan dipenuhi pengajaran kepada semua....

Friday, September 17, 2010

Welcome & Thanks.....

Layannnnnn....

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Sebelum ni kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53..Satu kesyukuran kerana negara kita yang tercinta masih aman & makmur...semoga keamanan & kedamaian ini akan berkekalan..Dan semoga semua rakyat akan bersatu padu..

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya,Borneo UtaraSarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Bersama kita menjaga keamanan, ketenangan & kedaulatan negara kita ini dan bersatu bersama dalam menjaga tanah air kita...

Tuesday, September 14, 2010

Suka Duka Aidilfitri..

Hari ini sudah masuk hari ke-lima kita menyambut Syawal...Tentu semua bergembira bersama keluarga tersayang..Dan, mungkin dah ada diantara kita yang telah bergerak dari kampung untuk kembali ke kota dan ada juga yang telah mula berkerja..Walaupun cuti hanya sekejap,tapi bersyukur lah dengan apa yang kita dapat nikmati bersama keluarga & yang tersayang...
Ada juga yang makan macam2 juadah yang dihidangkan,tapi jagalah juga pemakanan...masa puasa,berat badan telah berkurang tetapi lepas raya tak mustahil ada yang naik mendadak...huhu..

Selain kita bersuka di Aidilfitri, ada juga yang berduka.Anak-anak Yatim, Orang yang kekurangan dan juga orang yang kehilangan orang yang tersayang....Kepada keluarga Datuk Sosilawati, bersabarlah atas segala dugaan yang telah menimpa..Setiap yang membuat kejahatan akan mendapat balasan & hukuman yang setimpal..Kemana hilangnya nilai kemausiaan diabad ini..Kerana harta & nafsu manusia sekarang hilang pertimbangan..Semoga Allah sentiasa melindungi umatNya..

Kepada semua pengguna jalan raya, berhati2 walau dimana anda berada..Hargailah nya kita..Elakan diri kita dari kemalangan dan menyebabkan kemalangan...

Salam Syawal & Berhati-hati selalu...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Balik kampung..

Salam.....

Lagi 2 hari kita akan menyambut Syawal..Mesti KL dah lenggang ngan keta..huhu..tapi akan jammed kat HIGHWAY...Pastinya semua dah balik kampung..Kepada yang baru nak gerak balik kampung, BERHATI-HATI SELALU DIJALAN RAYA...Bagi toleransi bersama agar perjalanan kita lebih selamat..Biar lambat asalkan selamat....

Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir Batin...

Monday, September 6, 2010

Salam Aidil Fitri

Salam...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Batin...

Hari ni dah last keja...mesti ramai dah mula bercuti & balik kampung..Harap semua dah lengkap dalam menyambut Syawal ni...Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya...Semoga selamat tiba di destinasi..

Saat kegembiraan di bulan Syawal yang mulia ini, janganlah sesekali kita melampaui batas atau terlupa untuk bersyukur kepada segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua, sama ada kita berada dalam kelompok kaya, sederhana mahupun miskin. Semoga amalan kita mensyukuri nikmat apa yang kita terima dengan rezeki melimpah ruah sepanjang Ramadan dan Syawal dipulangkan dengan pahala yang besar, serta keberkatan daripadaNya.Kita juga merasa beruntung dapat merayakan Aidilfitri dalam nikmat aman, sejahtera dan harmoni yang berpanjangan, tidak seperti umat Islam lain yang terpaksa merayakan dalam keadaan tidak tenteram, malah ada yang langsung tidak berpeluang untuk meraikannya. 

Jadikanlah Aidilfitri sebagai medan untuk mengeratkan silaturahim dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wataala melalui sikap saling bermaaf-maafan di bulan Syawal yang mulia ini...Semoga sengketa lama dapat dilupakan...

Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya ke Krismas ni???

Ambik iktibar dengan iklan2 masa kini....Sesuaikan dengan budaya & agama kita....

Saturday, September 4, 2010

keluhan sebelum berbuka

Salam buat semua yg membaca @ ter baca article aku ni..

Baru2 ni aku ada singgah pasar ramadhan...Memang aku akui yg dgn kedatangan ramadhan ni membuka lebih pintu rezeki buat peniaga2.X hairanlah kalau kita tgk kt pasar ramadhan kat mana2 pun, penuh dgn gerai2 yg menjual apa shj juadah...sebut shj apa juadah yg kita nak..insyaAllah sume ada..& inilah salah satu kehebatan & kelebihan pasar juadah di bulan ramadhan ini...
Tapiiiiiiiiii....tu yg best (best buat peniaga)tp pd kita yg bergelar "pembeli" apa yg bestnya????Mungkin best dpt rasa apa shj juadah yg kita nak & lagi besttttttt keluarkan duit dr poket semata2 utk "puaskan" nafsu makan & minum .Tapi tu dah jadi lumrah la kan sbb xde apa yg free kat atas dunia ni hehehehehe...Tapi yg aku bengang sangat ni ialah ada juga peniaga2 yg hanya pk kan keuntungan semata2 tanpa memikirkan kualiti juadah yg dijualnya...dah la xde kualiti mahal pulak tu...aduhhhhh.di bulan yg penuh dgn keberkatan ini pun ada juga manusia yg lupe betapa berharganya penghulu segala bulan ini..yg diaorg x lupe ialah duitttttttttttttttt.....
Buat peniaga2 yg dihormati..sedarlah semua bahawa...duit yg dtg dr jual beli yg x berlandaskan syariah xkan kemana2..xkan kaya pun korang...kalo kaya pun kejap jer....
jadi sama2lah kita renungkan yer..

Thursday, September 2, 2010

Ku Memohon

Semoga Terhibur dengan Video Hasil Tangan Pinky Lady...

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Pejam celik dah  masuk 22 hari kita menunaikan ibadah puasa..Alhamdulilah setakat ni,diharapkan dipermudahkan lagi kita menjalankan ibadah ini..Minggu depan dah RAYA....Budak2 la paling suka nak raya ni..maunya tak,semua serba baru..main bunga api,bukan mercun...pasang pelita di halaman rumah..alangkah indah suasana malam ramadhan & syawal kita...Seperti biasa, PL akan menyediakan duit raya untuk para anak saudara serta sepupu kecik & tetamu yang datang..Menghulurkan sedikit adalah baik daripada tidak ada langsung...PL harap, Syawal kali ni lebih bermakna kepada semua..Dan pada semua, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA BILA BALIK KAMPUNG NANTI..Ingatlah orang yang tersayang..

Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan..Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Pada masa inilah umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Ini menandakan perayaan Hari Raya ini boleh dirai oleh semua tanpa ada mengira kaum...Semoga ikatan keluarga & SATU MALAYSIA kita akan menjadi lebih kukuh...

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR & BATIN

About Me Myspace Comments

Wednesday, September 29, 2010

Perkara-Perkara Yang Perlu Dihindari

Posted by Pinky Lady at 9/29/2010 11:54:00 AM 0 comments

Posted by Pinky Lady at 9/29/2010 09:32:00 AM 0 comments

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Kita tidak mungkin lepas dari masalah. Oleh itu, mari amalkan perkara-perkara di bawah saat masalah menimpa. Lalu terima dan hadapi masalah tersebut dengan “lapang dada”.
1. Jangan panik
Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.
2. Jangan emosional
Jangan terpancing untuk marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah. Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak, yang tidak boleh adalah bertindak secara emosional.
3. Jangan tergesa-gesa
Tergesa-gesa itu berasal dari setan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang. Saat kita dihadapkan pada masalah yang rumit, segera petakan masalah tersebut, kumpulkan informasi secara BAL (benar, akurat, dan lengkap). Setelah informasi terkumpul baru kita membuat keputusan dan segera bertindak.
4. Jangan larut mendramatisasi
Sebagian penderitaan yang dialami adalah hasil dramatisasi pikiran kita sendiri. Akibatnya persoalan jadi tampak gawat, darurat, dan mencekam. Padahal boleh jadi setelah dijalani, masalah tersebut tidak segawat dan semencekam yang diperkirakan.
5. Jangan putus asa
Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT.

Tuesday, September 28, 2010

Apa itu CINTA???

Posted by Pinky Lady at 9/28/2010 03:16:00 PM 0 comments

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Saturday, September 25, 2010

Genting Highland

Posted by Anonymous at 9/25/2010 12:58:00 PM 0 comments

Salam buat semua...
Actually aku takde idea pun nak buat artikel ni...tp tgh aku dok layan kepala ni tiba2 aku terfikir tentang "Genting Highland"...hehehehe. Tentu korang pelik kan apa yg buat aku tertarik nak buat artikel psl genting ni.
Sebenarnyer pd aku yg peliknyer adalah sbb apa genting ni mjadi tumpuan ramai...kalo korang tak caya, cuba korang cuba book bilik kt genting....jarangggggggg sgt korang akan berjaya..padahal kt sini ada bberapa buah hotel yg besar yg memiliki ribuan bilik....Dah pelik? hahahahha
Aku pnh gak bberapa kali dtg kt genting ni, tp xde la menarik sgt selain cuacanyer sejuk (tp ada org ckp tak sesejuk dulu) & taman tema....Mungkin yg paling menariknyer adalah "kasino" kot...tp takkan org melayu dtg nak main judi hehehehhe.....padahal pengunjung melayu pun ramai gak...so lu pk la sendiri hihihi.
Tapi walau camana pun aku akui yg Genting ni mmg tpt terkenal & salah satu tpt "wajib" para pelancong yg bkunjung ke malaysia....
Aku dah abis idea & aku pun tak tau apa yg aku tulis ni...so jgn marah yer bro2 & sis2....
Apapn selamat berjaya buat blog miss pinky lady ni
Adiosssss

Sunday, September 19, 2010

Malique feat. Najwa - Senyum

Posted by Pinky Lady at 9/19/2010 11:48:00 AM 0 comments
MARI LAYAN LAGU INI....SENYUMMMMMMMMMMM....

Saturday, September 18, 2010

Gembiralah Selalu....

Posted by Pinky Lady at 9/18/2010 11:42:00 PM 1 comments
Syukur kepada anugerah & nikmat yg Tuhan berikan kepada kita dalam mengharungi perjalanan hidup ini..Bagaimana dengan perjalan hidup anda setakat ini?Adakah anda cukup bergembira dengan apa yang telah anda lalui & kecapi setakat ini? Bagi PL, sepanjang perjalanan hidup PL hingga ke hari ini banyak cabaran & pengalaman yang telah dilalui yang mana telah banyak mematangkan fikiran & diri PL..Alhamdulilah..Pelbagai kenangan manis tak kurang juga pahit yang mendewasakan diri...Itulah LUMRAH KEHIDUPAN..Nak tak nak terpaksa juga kita terima & hadapi...

Apa yang penting bagi PL, kita mesti rasa gembira@hepi selalu..Bila kita gembira, orang-orang disekeliling kita juga akan turut gembira..Barulah hidup ini akan lebih bermakna...

Sebenarnya, kata 'gembira' adalah susah untuk ditafsirkan kerana ia sangat subjektif dan abstrak..Gembira memang sukar  untuk dihuraikan kerana ada orang yang tak gembira tetapi berkata gembira dan ada yang gembira tapi berkata tak gembira...Apa-apa pun, kita berhak untuk mendapatkan kegembiraan..Bukan hanya sesaat tetapi untuk selamnya selagi ada hayat dikandung badan...

Pada semua, buatlah sesuatu yang boleh mengembirakan anda dan orang yang tersayang..Bila kita gembira, hidup kita akan lebih bahagia..Tukarkan segala Negative Thinking kepada yg positif..Luahkan segalanya agar hidup lebih bahagia & gembira....

~~Gembiralah selalu..Hati Pasti Senang & Riang~~

Pondok Plastik Di Tepi Kubur

Posted by Pinky Lady at 9/18/2010 02:54:00 PM 0 comments
Selamat berhari minggu..ari ni PL tak sihat sangat..duk depan tv layan citer kat Astro..Kul 12, layan citer Pondok Plastik DiTepi Kubur. Gandingan pelakon yang mantap dengan sebuah kisah yang amat best..dalam citer ni memaparkan dua kisah yang boleh kita jadikan teladan..Teladan sebagai seorang isteri & teladan sebagai seorang anak..Lakonan mantap oleh Wan Maimunah sebagai Ibu, Sharol Nizam sebagai anak, Rafeena sebagai isteri & beberapa pelakon yang turut menjayakan drama ini...

Dalam menyaksikan citer ni, terdetik kat hati, ada ke lagi 'orang-orang macam ni"?..huhu..Tersentuh rasa hati..Sedih, geram, menyampah & tak lupa beristigahfar...

Kita mula ngan citer &pengajaran dari citer dengan Yati (sebagai Isteri&menantu)..Yati seorang menantu kepada Wan Maimunah yang merupakan seorang isteri yang sangat cantik & bergaya yang mana juga mempunyai seorang anak pompuan yang cacat..Dia suka membuatkan mak mertuanya sebagai hamba abdi dalam melakukan kerja rumah..semua pekerjaan dilakukan oleh mak mertuanya..Dalam masa yang sama, Yati akan memastikan suaminya (Sahrol) mengikut segala katanya hingga kan seorang anak sanggup lupakan MAK nya...Dalam masa yang sama, Yati mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemuda kampung. Dia hanya menunggu ketiadaan suaminya dan berlaku curang pada suaminya dirumah sendiri..dasyat sungguh Yati ni.. Selain membuatkan suaminya tunduk pada maknya sanggup juga berlaku curang..dalam Hati PL berdoa semoga tidak menjadi seorang Isteri yang derhaka pada suami & keluarga..Insya-Allah..

Berbalik pada kisah si anak (Shahrol) yang telah melupakan maknya kerana hasutan si isteri..Selain bekerja dia juga berjudi sehingga sanggup menggunakan duit yang nak dikirimkan untuk adiknya  untuk berjudi..Dia juga sanggup menjual tanah maknya senyap-senyap tanpa persetujuan..Tapi itu tak la PL tersentuh sangat tapi bila dia sanggup mengari maknya dan meletakan mak nya di pondok hanya kerana hasutan si isteri..Ya Allah, sekali lagi PL berdoa semoga tidak menjadi seorang anak yang derhaka...

Dalam akhir citer ni, si anak & si isteri telah mendapat balasan. Bak kata pepatah, Allah itu Maha Adil...Semoga sesiapa yang menonton citer ini akan memberikan kita keinsafan & jadikan teladan di masa akan datang... Kepada semua anak, ingatlah "SESUNGGUHNYA SYURGA ITU DITAPAK KAKI IBU"...Kepada semua suami, ingat lah yang " TUGAS SEORANG SUAMI ADALAH MEMIMPIN ISTERI  DAN BUKAN DIPIMPIN ISTERI"...Kepada semua isteri, "TAK MENCIUM BAU SYURGA ANDAI MENGABAIKAN & TAK TAAT PADA SUAMI"...

Ini lah pengajaran yang kita dapat dari citer ni...Syabas & Tahniah kepada Astro kerana menyiarkan citer yang best dan dipenuhi pengajaran kepada semua....

Friday, September 17, 2010

Welcome & Thanks.....

Posted by Pinky Lady at 9/17/2010 05:10:00 PM 0 comments

Layannnnnn....

Posted by Pinky Lady at 9/17/2010 03:17:00 PM 0 comments

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Posted by Pinky Lady at 9/16/2010 02:37:00 PM 0 comments

Sebelum ni kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53..Satu kesyukuran kerana negara kita yang tercinta masih aman & makmur...semoga keamanan & kedamaian ini akan berkekalan..Dan semoga semua rakyat akan bersatu padu..

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya,Borneo UtaraSarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Bersama kita menjaga keamanan, ketenangan & kedaulatan negara kita ini dan bersatu bersama dalam menjaga tanah air kita...

Tuesday, September 14, 2010

Suka Duka Aidilfitri..

Posted by Pinky Lady at 9/14/2010 03:11:00 PM 0 comments
Hari ini sudah masuk hari ke-lima kita menyambut Syawal...Tentu semua bergembira bersama keluarga tersayang..Dan, mungkin dah ada diantara kita yang telah bergerak dari kampung untuk kembali ke kota dan ada juga yang telah mula berkerja..Walaupun cuti hanya sekejap,tapi bersyukur lah dengan apa yang kita dapat nikmati bersama keluarga & yang tersayang...
Ada juga yang makan macam2 juadah yang dihidangkan,tapi jagalah juga pemakanan...masa puasa,berat badan telah berkurang tetapi lepas raya tak mustahil ada yang naik mendadak...huhu..

Selain kita bersuka di Aidilfitri, ada juga yang berduka.Anak-anak Yatim, Orang yang kekurangan dan juga orang yang kehilangan orang yang tersayang....Kepada keluarga Datuk Sosilawati, bersabarlah atas segala dugaan yang telah menimpa..Setiap yang membuat kejahatan akan mendapat balasan & hukuman yang setimpal..Kemana hilangnya nilai kemausiaan diabad ini..Kerana harta & nafsu manusia sekarang hilang pertimbangan..Semoga Allah sentiasa melindungi umatNya..

Kepada semua pengguna jalan raya, berhati2 walau dimana anda berada..Hargailah nya kita..Elakan diri kita dari kemalangan dan menyebabkan kemalangan...

Salam Syawal & Berhati-hati selalu...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Balik kampung..

Posted by Pinky Lady at 9/08/2010 07:37:00 AM 0 comments
Salam.....

Lagi 2 hari kita akan menyambut Syawal..Mesti KL dah lenggang ngan keta..huhu..tapi akan jammed kat HIGHWAY...Pastinya semua dah balik kampung..Kepada yang baru nak gerak balik kampung, BERHATI-HATI SELALU DIJALAN RAYA...Bagi toleransi bersama agar perjalanan kita lebih selamat..Biar lambat asalkan selamat....

Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir Batin...

Monday, September 6, 2010

Salam Aidil Fitri

Posted by Pinky Lady at 9/06/2010 03:51:00 PM 0 comments
Salam...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir Batin...

Hari ni dah last keja...mesti ramai dah mula bercuti & balik kampung..Harap semua dah lengkap dalam menyambut Syawal ni...Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya...Semoga selamat tiba di destinasi..

Saat kegembiraan di bulan Syawal yang mulia ini, janganlah sesekali kita melampaui batas atau terlupa untuk bersyukur kepada segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua, sama ada kita berada dalam kelompok kaya, sederhana mahupun miskin. Semoga amalan kita mensyukuri nikmat apa yang kita terima dengan rezeki melimpah ruah sepanjang Ramadan dan Syawal dipulangkan dengan pahala yang besar, serta keberkatan daripadaNya.Kita juga merasa beruntung dapat merayakan Aidilfitri dalam nikmat aman, sejahtera dan harmoni yang berpanjangan, tidak seperti umat Islam lain yang terpaksa merayakan dalam keadaan tidak tenteram, malah ada yang langsung tidak berpeluang untuk meraikannya. 

Jadikanlah Aidilfitri sebagai medan untuk mengeratkan silaturahim dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wataala melalui sikap saling bermaaf-maafan di bulan Syawal yang mulia ini...Semoga sengketa lama dapat dilupakan...

Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya ke Krismas ni???

Posted by Pinky Lady at 9/05/2010 08:51:00 PM 1 comments

Ambik iktibar dengan iklan2 masa kini....Sesuaikan dengan budaya & agama kita....

Saturday, September 4, 2010

keluhan sebelum berbuka

Posted by Anonymous at 9/04/2010 07:12:00 PM 1 comments
Salam buat semua yg membaca @ ter baca article aku ni..
Baru2 ni aku ada singgah pasar ramadhan...Memang aku akui yg dgn kedatangan ramadhan ni membuka lebih pintu rezeki buat peniaga2.X hairanlah kalau kita tgk kt pasar ramadhan kat mana2 pun, penuh dgn gerai2 yg menjual apa shj juadah...sebut shj apa juadah yg kita nak..insyaAllah sume ada..& inilah salah satu kehebatan & kelebihan pasar juadah di bulan ramadhan ini...
Tapiiiiiiiiii....tu yg best (best buat peniaga)tp pd kita yg bergelar "pembeli" apa yg bestnya????Mungkin best dpt rasa apa shj juadah yg kita nak & lagi besttttttt keluarkan duit dr poket semata2 utk "puaskan" nafsu makan & minum .Tapi tu dah jadi lumrah la kan sbb xde apa yg free kat atas dunia ni hehehehehe...Tapi yg aku bengang sangat ni ialah ada juga peniaga2 yg hanya pk kan keuntungan semata2 tanpa memikirkan kualiti juadah yg dijualnya...dah la xde kualiti mahal pulak tu...aduhhhhh.di bulan yg penuh dgn keberkatan ini pun ada juga manusia yg lupe betapa berharganya penghulu segala bulan ini..yg diaorg x lupe ialah duitttttttttttttttt.....
Buat peniaga2 yg dihormati..sedarlah semua bahawa...duit yg dtg dr jual beli yg x berlandaskan syariah xkan kemana2..xkan kaya pun korang...kalo kaya pun kejap jer....
jadi sama2lah kita renungkan yer..

Thursday, September 2, 2010

Ku Memohon

Posted by Pinky Lady at 9/02/2010 09:55:00 AM 0 comments
Semoga Terhibur dengan Video Hasil Tangan Pinky Lady...

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Posted by Pinky Lady at 9/01/2010 03:39:00 PM 0 comments
Pejam celik dah  masuk 22 hari kita menunaikan ibadah puasa..Alhamdulilah setakat ni,diharapkan dipermudahkan lagi kita menjalankan ibadah ini..Minggu depan dah RAYA....Budak2 la paling suka nak raya ni..maunya tak,semua serba baru..main bunga api,bukan mercun...pasang pelita di halaman rumah..alangkah indah suasana malam ramadhan & syawal kita...Seperti biasa, PL akan menyediakan duit raya untuk para anak saudara serta sepupu kecik & tetamu yang datang..Menghulurkan sedikit adalah baik daripada tidak ada langsung...PL harap, Syawal kali ni lebih bermakna kepada semua..Dan pada semua, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA BILA BALIK KAMPUNG NANTI..Ingatlah orang yang tersayang..

Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan..Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Pada masa inilah umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Ini menandakan perayaan Hari Raya ini boleh dirai oleh semua tanpa ada mengira kaum...Semoga ikatan keluarga & SATU MALAYSIA kita akan menjadi lebih kukuh...

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR & BATIN

Be Yourself.....Like me...

Quotes Myspace Comments

That's Me...

About Me Myspace Comments

Mencuba Yang Terbaik..

Quotes Myspace Comments

Yezaaaaaaaaaaa

About Me Myspace Comments

Terima Kasih Semua

Ini Lah AKU....

Tak Apa

Quotes Myspace Comments

Life Must Go On

Quotes Myspace Comments

Thanks a Lot

Terima Kasih..

Alhamdulillah