BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 30, 2010

Tips Cinta Jarak Jauh (Long Distance Love)

Jika anda buntu dan takut untuk bercinta jarak jauh, risau dengan kebahgiaan masa depan anda, maka 3 cara berfikir di bawah adalah perkara paling penting untuk anda pelajari harini sebelum menceburi ‘bidang’ hubungan jarak jauh anda.
1. Pemikiran Positif
Well, bunyinya cliche dan biasa-biasa sahaja. Tapi impaknya besar jika anda dengan ‘selamba’ memulakan hubungan jarak jauh tampa persediaan secukupnya dari segi mental.  Hubungan jarak jauh mempunyai RISIKO, iaitu pasangan anda mungkin berubah angin. Maka persoalannya, adakah anda bersedia untuk berfikir secara POSITIF di dalam hubungan jarak jauh anda? Think about it.
2. Pemikiran Kehadapan
Selain pemikiran positif, satu lagi pemikiran yang penting adalah untuk melihat kejayaan hubungan jarak jauh anda. Maknanya, anda boleh melihat di mana anda dan pasangan anda dalam tempoh masa tertentu. Kebiasaanya, kejayaan hubungan jarak jauh diukur melalui ikatan perkahwinan (bersatu).
Dengan pemikiran ini, anda akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh anda bercinta jarak jauh, terdapat dugaan-dugaan yang menghujani anda. Anda tahu apa yang anda mahukan. Go for it.
3. Pemikiran Kreatif

Apa yang anda dapat pada hubungan jarak jauh? NOTHING! Ya, tiada apa-apa. Anda yang syok sendiri dengan hubungan jarak jauh anda. Tetapi, siapa kata hubungan jarak jauh tidak gembira. Siapa kata hubungan jarak jauh tidak boleh bermesra, berpegangan tangan dan romantik?
Di sinilah pemikiran kreatif anda memainkan peranannya. Dengan kemudahan teknologi semunya di hujung jari anda, malah jika kena caranya, hubungan anda akan menjadi hangat dan romantik lebih dari hubungan biasa yang membosankan. Fikir-fikirkan.
4) Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap.
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.

5) Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.

Itulah  cara berfikir yang perlu anda sematkan di dalam diri anda, yang perlu anda komitkan sebelum anda membuat keputusan samada hubungan jarak jauh adalah untuk anda atau tidak. Jangan terlalu ikutkan perasaan dan menyesal di kemudian hari.

Ungkapan I LOVE U

Anda perlu sedar bahawa perkara yang dilakukan secara berulang kali akan menyebabkan anda dan pasangan bosan. Hubungan cinta anda perlukan sesuatu yang baru. Masa untuk Bertukar!
1. Ungkapkan “I Love You” jika perlu sahaja
Disebabkan pengguaan ungkapan “I Love You” yang sering anda gunakan hampir setiap hari adalah punca kehambaran hubungan cinta anda. Pada permulaan hubungan memang ungkapan ini bukanlah sesuatu yang membosankan tetapi, masa akan memadamkan kehangatan cinta anda dan pasangan jika anda terus melakukan perkara yang sama. Mulai sekarang, kawal penggunaan ungkapa ini. Biar pasangan anda tertanya- tanya dan meminta anda untuk melafaskannya dan pada saat itu, anda pasti menemui ganjarannya.
2. Biarkan pasangan anda yang melafaskan ungkapan “I Love You” sebelum anda
Di sini bukannya bermaksud anda “jual mahal”. Dengan cara ini anda akan letakkan nilai ke atas ungkapan “I Love You” anda. Apabila pasangan anda sedar ungkapan keramat “I Love You” hanya keluar daripada mulut anda selepas si dia melafaskannya maka, si dia akan tertanya- tanya mengapa ini berlaku. Pada saat itu, pasangan anda akan mengharapkan ungkapan “I Love You” keluar daripada mulut anda sebelum si dia melafaskannya. Harapan daripada pasangan anda itu adalah nilai yang anda perlukan untuk meningkatkan “spark” ungkapan “I Love You” anda.
3. Sertakan ungkapan “I Love You” anda dengan Hadiah
Bilakah kali terakhir anda memberi pasangan anda hadiah? Adakah hadiah tersebut dapat meningkatkan rasa sayang pasangan anda kepada anda ataupun sekadar biasa- biasa sahaja. Apabila ungkapan “I Love You” anda tidak lagi memberi kesan cinta kepada pasangan anda maka, kali ini cuba sertakan dengan hadiah. Dengan pemberian hadiah maka, ungkapan “I Love You” anda akan menjadi lebih bermakna.

Friday, October 22, 2010

Love Poem (For Someone)

Love is the greatest feeling, Love is like a play, Love is what I feel for you,
Each and every day, Love is like a smile, Love is like a song, Love is a great emotion,
That keeps us going strong, I love you with my heart, My body and my soul,
I love the way I keep loving, Like a love I can't control,
So remember when your eyes meet mine, I love you with all my heart,
And I have poured my entire soul into you, Right from the very start.

Tuesday, October 19, 2010

Tanda Dia SOULMATE Kamu

Tanda 1 
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! 

Tanda 2 
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! 

Tanda 3 
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah kebahagian kamu... 

Tanda 4 
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. 

Tanda 5 
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... 

Tanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Kalau begitu ini bererti dia sudah sedia menerima kamu seadanya.. 

Tanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya...Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! 

Petanda 8 
Bila merasa rahsia kamu lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Monday, October 18, 2010

Tips Berguna Untuk Mencari Jodoh

~~Tips Dari Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah~~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Saturday, October 16, 2010

Akan Ku Temu (Just For U Again)

Thursday, October 14, 2010

Suara (Ku Berharap) Luna Maya

Tuesday, October 12, 2010

Suara Ku Berharap

(Just For U)

Lirik Lagu Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

Rahsia Disebalik Warna

MERAH
  • MEMBANGUNAKAN KERIANGAN, MARAH DAN PENYAYANG
  • MERAH YANG BERLEBIHAN AKAN MEMBAWA KEPADA TEKANAN
  • MERAH PEKAT PULA AKAN MELAMBANGKAN KEAGRESIFAN YANG AKAN MEMBAWA KEMARAHAN
  • WALAUBAGAIMANAPUN, MERAH AMAT BERGUNA BUAT MEREKA YANG MERASA MALAS ATAU KEHILANGAN TENAGA KERANA IA AKAN MEMBARAKAN PERASAAN YANG LEMAH
  • BERANI, EMOSIONAL, TEGAS, TAMAK, TAHAN MELARAT DAN SUKA BERSENANG LENANG

MERAH JAMBU 
  •  MERUPAKAN WARNA CINTA SEJATI DAN ROMANTIK
  •  MELAHIRKAN RASA UNTUK BERKONGSI TENAGA, EMOSI   DAN PERASAAN
  •  MERUPAKAN WARNA KASIH SAYANG SAMA ADA SECARA EMOSI DAN FIZIKAL

BIRU
  • MELAMBANGKAN KEJUJURAN DAN KEMULIAAN
  • MELAMBANGKAN PERASAAN DAN EMOSI SEORANG LELAKI
  • SETIA PADA PASANGAN, PANDAI MENYIMPAN WANG, KUAT KEMAHUAN, sSUKA BERTERUS TERANG, JUJUR, CEKAP,  MUDAH MEMAAFKAN DAN TEGAS

BIRU MUDA
  • DIKAITKAN DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG
  • MELAMBANGKAN KELEMBUTAN HATI SEORANG PEREMPUAN

BIRU TUA
  • MELAMBANGKAN RAJIN DAN BERDEDIKASI
  • WARNA INI DIGUNAKAN SEBAGAI WARNA KORPORAT

BIRU TURQUOIS
  • MELAMBANGKAN WARNA KEHENDAK PERTUMBUHAN SPIRITUAL DAN KETEGANGAN
  • MERUPAKAN WARNA YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN YANG PENTING
  • TURUT MELAMBANGKAN KESEDIHAN

PUTIH
  • MELAMBANGKAN KESUCIAN HATI DAN AMANAH
  • BERSIH FIKIRANNYA(TIDAK BERPRASANGKA BURUK), BERKATA BENAR, JUJUR,RENDAH HATI, SOPAN SANTUN, RAMAH, KUAT MENIMBA ILMU, SENTIASA TENTERAM HATINYA, SUKA MENOLONG DAN HIDUP BERTAWAKAL.

 HIJAU
  • MELAMBANGKAN KEREMAJAAN
  • MEMAPARKAN KEMUDAHAN, SEJUK, KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN SENTIASA INGIN MEMPERBAIKI
  • MELAMBANGKAN PERASAAN CEMBURU APABILA WARNANYA BERTAMBAH GELAP
  • SUBUR, SUKA KEPADA KEBAHAGIAAN,TIDAK SUKA BERGADUH ATAU BERTEKAK, PATUH PADA PEGANGAN AGAMA, SUKA BERHIAS, TEGUH PENDIRIAN DAN SEAKAN-AKAN KOLOT..

KUNING
  • WARNA KUNING YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENJADI DIKTATOR DARI SEGI PEMIKIRAN
  • WARNA KUNING YANG LEBIH CERAH MENUNJUKKAN KEASLIAN DALAM AKTIVITI PEMIKIRAN
  • WARNA KUNING YANG LEBIH GELAP MENUNJUKKAN PEMIKIRAN YANG LEBIH CONDONG KE ARAH KECERIAAN DAN BERSANGKA BURUK
  • MENYUKAI PASANGAN, GEMAR MEMBACA, TEKUN, CERDAS DAN TABAH HADAPI TEKANAN.

COKLAT
  • MELAMBANGKAN KESELAMATAN MATERIAL, KEKAYAAN,
  • KEMATANGAN DAN BERTANGGUNGJAWAB
  • WARNA TANAH YANG SENTIASA MENYIMPAN TENAGA DAN
  • SETERUSNYA MEMBERI TENAGA KEPADA PERTUMBUHAN YANG BARU
  • IA JUGA MELAMBANGKAN KEADAAN MERENDAH DIRI DAN SENTIASA MENJAGA MARUAH
  • PENUH SIFAT KEIBUAN, SUKA MERENDAH DIRI, SOPAN SANTUN, HALUS BUDI PEKERTI, HATI MUDAH MERASA WAS-WAS DAN TAKUT MEMBUAT MASALAH.

HITAM
  • SUKA MENYENDIRI, PRIHATIN, KUAT MENGHADAPI DUGAAN HIDUP, TIDAK MUDAH DIPENGARUHI, KUAT BERFIKIR, SETIA PADA PASANGAN, BAIK HATI DAN MUDAH TERSINGGUNG.

UNGU
  • PEMURAH DAN MERDEKA HATINYA, TIDAK SUKA DIPERINTAH, BERINISIATIF, BIJAK TETAPI AGAK BEREMOSI DAN  KEINGINANNYA TIDAK MELUAP-LUAP.

KELABU
  • SUKA MERENDAH DIRI, TENANG, SUKA MENGALAH, SUKA BERKORBAN PERASAAN ,CERDAS DAN BIJAK

Apa Itu CEMBURU??

Kecurangan pada pasangan atau hadirnya pihak ketiga pasti akan menjadi penyebab munculnya api cemburu dan perasaan terluka yang dirasakan pasangan kita. Tetapi untuk perasaan cemburu ini, lelaki dan wanita sangat berbeza dalam sikapnya. Lelaki lebih cenderung terganggu oleh ketidaksetiaan pasangannya, sementara wanita sering merasa terganggu oleh ketidaksetiaan emosional. Ada kajian yang mengatakan bahawa lelaki sering merasa bersalah setelah mereka melakukan kecurangan, sementara wanita merasa bersalah kerana terlalu emosional.
Cemburu menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta mesti pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak merasa rimas dan bosan pada anda.
Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat.
Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta. Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru-hara dengan pertengkaran.
Atasi cemburu yang tidak berasas ini, dengan mengunakan fikiran yang waras untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya. Apabila dihantui rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu. Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan saja anda dapat atasi rasa cemburu malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya si dia memang menipu, sekurang-kurangnya, anda sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan yang menentukan.
Cemburu memang sentiasa ada dan bahaya dalam setiap perhubungan. Cuba beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan.
Ingat kembali niat
Pertama, ingat semula niat. Mengapa dan untuk bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjaran yang baik. Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.
Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik justeru, anda akan mula belajar erti redha.
Ingatlah Maha Pencipta Kita
Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita, Insya-Allah rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.
Segalanya Mungkin
Selagi kita hidup, segalanya berkemungkinan akan berlaku. Bersiap sedia dan redha la sebaiknya. Tak semestinya kita kecewa sekali akan kecewa selamanya. Andai cemburu itu tanda sayanb, jangan la berlebihan. Andai cemburu mengakhiri sesebuah perhubungan itu, redha dan insafilah diri.

Why I Love You So Much

  • I can be myself when I am with you
  • Every time I look at you, my heart misses a beat
  • Love is, what you mean to me - and you mean everything.
  • I like your small gestures that speak volumes about how much you care
  • The fact that you are without a doubt my true soul mate
  • The fact that you are the first and only person I’ve ever loved and the first person who ever truly loved me.
  • The amazing way you always seem to be able to read my mind
  • You bring out the best in me.
  • Just a sight of you lifts my up spirits.
  • You have taught me what it is to love and be loved.
  • I can be clumsy and foolish when I am with you, yet know that your love for me will never diminish.
  • Your smile is enough to make a dull day seem bright as sun.
  • Being in your arms makes me feel like I can never be lost again.
  • I have had the time of my life and I owe it all to you
  • We can talk about everything or nothing--it's always okay with you
  • When you listen, I know you're really listening and not just waiting for your turn to talk
  • I can feel your love, in the warmth of your touch, 'cause it touches my heart and soul
  • You always know just how to spoil me.
  • When we're together, time just comes to a halt.
  • Your loving gaze is enough to carry me through a long day.
  • You're the one who makes happiness happen.
  • Because of you, no matter what may come tomorrow, today my life is more complete.
  • I want to stay forever with you.
  • I just can't imagine being me without you.
  • Just a touch...and I lose my heart all over again.
  • Whenever I need it most you're there with your all-purpose hugs.
  • Ever since you have come into my life, I yearn to come back home and see your lovely smile.
  • Your innocence makes me forget all shady things of this world.
  • I love the way you get angry whenever I am late; yet wait for me for as long as it takes.
  • You have given meaning to my existence.
  • You are the only one who can make me smile even in my deepest sorrows.
  • I respect the faith you have in me and love you for it.
  • I get lost in the depth of your mysterious eyes.
  • You always make me feel that you are by my side no matter what
  • The way that you always look for and find the positive in everything

Tatkala Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…

Friday, October 8, 2010

HANYA INGIN KAU TAHU

Thursday, October 7, 2010

Cinta adalah anugerah terindah Allah buat makhluknya yang bernama manusia.Dan cinta bukanlah sesuatu yang pahit jika kita mengenali dan manghayatinya sedalamnya kerana ia adalah suatu pengalaman yang amat indah..
Cinta adalah seperti musim-musim yang berlalu..
Saat musim bunga..setiap percintaan, kasih dan rindu amat terasa keindahan dan kemanisannya.umpama bunga yang sentiasa mekar mewangi.
Ketika tengkujuh melanda..pergaduhan,silap faham,cemburu dan pertengkaran akan berlaku namun anggap ini semua sebagai cubaan didalam perhubungan cinta ini.
Dikala kemarau menjenguk..persefahaman yang dipupuk selama ini seakan hilang dalam sekelip mata.Namun kemarau tidak semestinya akan meranapkan hubungan cinta itu walau hubungan itu dalam keretakkan.
Musim-musim ini akan sentiasa menjenguk didalam setiap hubungan insan-insan yang bercinta.Kerana Allah tidak akan menguji hamba-hambanya jika Dia rasa hamba-hambanya tidak kuat untuk di uji.Dan percayalah Cinta yang sentiasa berlandaskan kesetiaan,keikhlasan & kejujuran akan dimakbulkan oleh Allah.
"Cinta yang sejati hanya datang sekali tidak dua atau tiga didalam seumur hidup kita,terpulang pada kita untuk menjaganya"

Wednesday, October 6, 2010

Inilah Yang Dinamakan CINTA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin 
sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.
Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari mata...Turun ke Hati...

About Me Myspace Comments

Posted by Pinky Lady at 10/30/2010 03:07:00 PM 0 comments

Posted by Pinky Lady at 10/30/2010 02:50:00 PM 0 comments

Posted by Anonymous at 10/22/2010 03:15:00 AM 1 comments

Love is the greatest feeling, Love is like a play, Love is what I feel for you,
Each and every day, Love is like a smile, Love is like a song, Love is a great emotion,
That keeps us going strong, I love you with my heart, My body and my soul,
I love the way I keep loving, Like a love I can't control,
So remember when your eyes meet mine, I love you with all my heart,
And I have poured my entire soul into you, Right from the very start.

Tuesday, October 19, 2010

Tanda Dia SOULMATE Kamu

Posted by Pinky Lady at 10/19/2010 10:01:00 AM 2 comments

Tanda 1 
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! 

Tanda 2 
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! 

Tanda 3 
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah kebahagian kamu... 

Tanda 4 
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. 

Tanda 5 
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... 

Tanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Kalau begitu ini bererti dia sudah sedia menerima kamu seadanya.. 

Tanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya...Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! 

Petanda 8 
Bila merasa rahsia kamu lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Monday, October 18, 2010

Tips Berguna Untuk Mencari Jodoh

Posted by Pinky Lady at 10/18/2010 10:22:00 PM 0 comments
~~Tips Dari Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah~~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Saturday, October 16, 2010

Akan Ku Temu (Just For U Again)

Posted by Pinky Lady at 10/16/2010 01:51:00 AM 2 comments

Thursday, October 14, 2010

Suara (Ku Berharap) Luna Maya

Posted by Pinky Lady at 10/14/2010 03:50:00 PM 0 comments

Tuesday, October 12, 2010

Suara Ku Berharap

Posted by Pinky Lady at 10/12/2010 10:50:00 PM 0 comments
(Just For U)

Lirik Lagu Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

Rahsia Disebalik Warna

Posted by Pinky Lady at 10/12/2010 10:14:00 PM 0 comments
MERAH
  • MEMBANGUNAKAN KERIANGAN, MARAH DAN PENYAYANG
  • MERAH YANG BERLEBIHAN AKAN MEMBAWA KEPADA TEKANAN
  • MERAH PEKAT PULA AKAN MELAMBANGKAN KEAGRESIFAN YANG AKAN MEMBAWA KEMARAHAN
  • WALAUBAGAIMANAPUN, MERAH AMAT BERGUNA BUAT MEREKA YANG MERASA MALAS ATAU KEHILANGAN TENAGA KERANA IA AKAN MEMBARAKAN PERASAAN YANG LEMAH
  • BERANI, EMOSIONAL, TEGAS, TAMAK, TAHAN MELARAT DAN SUKA BERSENANG LENANG

MERAH JAMBU 
  •  MERUPAKAN WARNA CINTA SEJATI DAN ROMANTIK
  •  MELAHIRKAN RASA UNTUK BERKONGSI TENAGA, EMOSI   DAN PERASAAN
  •  MERUPAKAN WARNA KASIH SAYANG SAMA ADA SECARA EMOSI DAN FIZIKAL

BIRU
  • MELAMBANGKAN KEJUJURAN DAN KEMULIAAN
  • MELAMBANGKAN PERASAAN DAN EMOSI SEORANG LELAKI
  • SETIA PADA PASANGAN, PANDAI MENYIMPAN WANG, KUAT KEMAHUAN, sSUKA BERTERUS TERANG, JUJUR, CEKAP,  MUDAH MEMAAFKAN DAN TEGAS

BIRU MUDA
  • DIKAITKAN DENGAN PERASAAN KASIH DAN SAYANG
  • MELAMBANGKAN KELEMBUTAN HATI SEORANG PEREMPUAN

BIRU TUA
  • MELAMBANGKAN RAJIN DAN BERDEDIKASI
  • WARNA INI DIGUNAKAN SEBAGAI WARNA KORPORAT

BIRU TURQUOIS
  • MELAMBANGKAN WARNA KEHENDAK PERTUMBUHAN SPIRITUAL DAN KETEGANGAN
  • MERUPAKAN WARNA YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN YANG PENTING
  • TURUT MELAMBANGKAN KESEDIHAN

PUTIH
  • MELAMBANGKAN KESUCIAN HATI DAN AMANAH
  • BERSIH FIKIRANNYA(TIDAK BERPRASANGKA BURUK), BERKATA BENAR, JUJUR,RENDAH HATI, SOPAN SANTUN, RAMAH, KUAT MENIMBA ILMU, SENTIASA TENTERAM HATINYA, SUKA MENOLONG DAN HIDUP BERTAWAKAL.

 HIJAU
  • MELAMBANGKAN KEREMAJAAN
  • MEMAPARKAN KEMUDAHAN, SEJUK, KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN SENTIASA INGIN MEMPERBAIKI
  • MELAMBANGKAN PERASAAN CEMBURU APABILA WARNANYA BERTAMBAH GELAP
  • SUBUR, SUKA KEPADA KEBAHAGIAAN,TIDAK SUKA BERGADUH ATAU BERTEKAK, PATUH PADA PEGANGAN AGAMA, SUKA BERHIAS, TEGUH PENDIRIAN DAN SEAKAN-AKAN KOLOT..

KUNING
  • WARNA KUNING YANG BERLEBIHAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENJADI DIKTATOR DARI SEGI PEMIKIRAN
  • WARNA KUNING YANG LEBIH CERAH MENUNJUKKAN KEASLIAN DALAM AKTIVITI PEMIKIRAN
  • WARNA KUNING YANG LEBIH GELAP MENUNJUKKAN PEMIKIRAN YANG LEBIH CONDONG KE ARAH KECERIAAN DAN BERSANGKA BURUK
  • MENYUKAI PASANGAN, GEMAR MEMBACA, TEKUN, CERDAS DAN TABAH HADAPI TEKANAN.

COKLAT
  • MELAMBANGKAN KESELAMATAN MATERIAL, KEKAYAAN,
  • KEMATANGAN DAN BERTANGGUNGJAWAB
  • WARNA TANAH YANG SENTIASA MENYIMPAN TENAGA DAN
  • SETERUSNYA MEMBERI TENAGA KEPADA PERTUMBUHAN YANG BARU
  • IA JUGA MELAMBANGKAN KEADAAN MERENDAH DIRI DAN SENTIASA MENJAGA MARUAH
  • PENUH SIFAT KEIBUAN, SUKA MERENDAH DIRI, SOPAN SANTUN, HALUS BUDI PEKERTI, HATI MUDAH MERASA WAS-WAS DAN TAKUT MEMBUAT MASALAH.

HITAM
  • SUKA MENYENDIRI, PRIHATIN, KUAT MENGHADAPI DUGAAN HIDUP, TIDAK MUDAH DIPENGARUHI, KUAT BERFIKIR, SETIA PADA PASANGAN, BAIK HATI DAN MUDAH TERSINGGUNG.

UNGU
  • PEMURAH DAN MERDEKA HATINYA, TIDAK SUKA DIPERINTAH, BERINISIATIF, BIJAK TETAPI AGAK BEREMOSI DAN  KEINGINANNYA TIDAK MELUAP-LUAP.

KELABU
  • SUKA MERENDAH DIRI, TENANG, SUKA MENGALAH, SUKA BERKORBAN PERASAAN ,CERDAS DAN BIJAK

Apa Itu CEMBURU??

Posted by Pinky Lady at 10/12/2010 12:45:00 PM 0 comments

Kecurangan pada pasangan atau hadirnya pihak ketiga pasti akan menjadi penyebab munculnya api cemburu dan perasaan terluka yang dirasakan pasangan kita. Tetapi untuk perasaan cemburu ini, lelaki dan wanita sangat berbeza dalam sikapnya. Lelaki lebih cenderung terganggu oleh ketidaksetiaan pasangannya, sementara wanita sering merasa terganggu oleh ketidaksetiaan emosional. Ada kajian yang mengatakan bahawa lelaki sering merasa bersalah setelah mereka melakukan kecurangan, sementara wanita merasa bersalah kerana terlalu emosional.
Cemburu menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta mesti pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak merasa rimas dan bosan pada anda.
Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat.
Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta. Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru-hara dengan pertengkaran.
Atasi cemburu yang tidak berasas ini, dengan mengunakan fikiran yang waras untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya. Apabila dihantui rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu. Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan saja anda dapat atasi rasa cemburu malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya si dia memang menipu, sekurang-kurangnya, anda sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan yang menentukan.
Cemburu memang sentiasa ada dan bahaya dalam setiap perhubungan. Cuba beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan.
Ingat kembali niat
Pertama, ingat semula niat. Mengapa dan untuk bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjaran yang baik. Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.
Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik justeru, anda akan mula belajar erti redha.
Ingatlah Maha Pencipta Kita
Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita, Insya-Allah rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.
Segalanya Mungkin
Selagi kita hidup, segalanya berkemungkinan akan berlaku. Bersiap sedia dan redha la sebaiknya. Tak semestinya kita kecewa sekali akan kecewa selamanya. Andai cemburu itu tanda sayanb, jangan la berlebihan. Andai cemburu mengakhiri sesebuah perhubungan itu, redha dan insafilah diri.

Why I Love You So Much

Posted by Pinky Lady at 10/12/2010 10:15:00 AM 0 comments
  • I can be myself when I am with you
  • Every time I look at you, my heart misses a beat
  • Love is, what you mean to me - and you mean everything.
  • I like your small gestures that speak volumes about how much you care
  • The fact that you are without a doubt my true soul mate
  • The fact that you are the first and only person I’ve ever loved and the first person who ever truly loved me.
  • The amazing way you always seem to be able to read my mind
  • You bring out the best in me.
  • Just a sight of you lifts my up spirits.
  • You have taught me what it is to love and be loved.
  • I can be clumsy and foolish when I am with you, yet know that your love for me will never diminish.
  • Your smile is enough to make a dull day seem bright as sun.
  • Being in your arms makes me feel like I can never be lost again.
  • I have had the time of my life and I owe it all to you
  • We can talk about everything or nothing--it's always okay with you
  • When you listen, I know you're really listening and not just waiting for your turn to talk
  • I can feel your love, in the warmth of your touch, 'cause it touches my heart and soul
  • You always know just how to spoil me.
  • When we're together, time just comes to a halt.
  • Your loving gaze is enough to carry me through a long day.
  • You're the one who makes happiness happen.
  • Because of you, no matter what may come tomorrow, today my life is more complete.
  • I want to stay forever with you.
  • I just can't imagine being me without you.
  • Just a touch...and I lose my heart all over again.
  • Whenever I need it most you're there with your all-purpose hugs.
  • Ever since you have come into my life, I yearn to come back home and see your lovely smile.
  • Your innocence makes me forget all shady things of this world.
  • I love the way you get angry whenever I am late; yet wait for me for as long as it takes.
  • You have given meaning to my existence.
  • You are the only one who can make me smile even in my deepest sorrows.
  • I respect the faith you have in me and love you for it.
  • I get lost in the depth of your mysterious eyes.
  • You always make me feel that you are by my side no matter what
  • The way that you always look for and find the positive in everything

Tatkala Aku Jatuh Cinta

Posted by Pinky Lady at 10/12/2010 09:48:00 AM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…

Friday, October 8, 2010

HANYA INGIN KAU TAHU

Posted by Pinky Lady at 10/08/2010 08:38:00 AM 0 comments

Thursday, October 7, 2010

Posted by Anonymous at 10/07/2010 04:54:00 PM 1 comments

Cinta adalah anugerah terindah Allah buat makhluknya yang bernama manusia.Dan cinta bukanlah sesuatu yang pahit jika kita mengenali dan manghayatinya sedalamnya kerana ia adalah suatu pengalaman yang amat indah..
Cinta adalah seperti musim-musim yang berlalu..
Saat musim bunga..setiap percintaan, kasih dan rindu amat terasa keindahan dan kemanisannya.umpama bunga yang sentiasa mekar mewangi.
Ketika tengkujuh melanda..pergaduhan,silap faham,cemburu dan pertengkaran akan berlaku namun anggap ini semua sebagai cubaan didalam perhubungan cinta ini.
Dikala kemarau menjenguk..persefahaman yang dipupuk selama ini seakan hilang dalam sekelip mata.Namun kemarau tidak semestinya akan meranapkan hubungan cinta itu walau hubungan itu dalam keretakkan.
Musim-musim ini akan sentiasa menjenguk didalam setiap hubungan insan-insan yang bercinta.Kerana Allah tidak akan menguji hamba-hambanya jika Dia rasa hamba-hambanya tidak kuat untuk di uji.Dan percayalah Cinta yang sentiasa berlandaskan kesetiaan,keikhlasan & kejujuran akan dimakbulkan oleh Allah.
"Cinta yang sejati hanya datang sekali tidak dua atau tiga didalam seumur hidup kita,terpulang pada kita untuk menjaganya"

Wednesday, October 6, 2010

Inilah Yang Dinamakan CINTA

Posted by Pinky Lady at 10/06/2010 12:51:00 PM 0 comments

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin 
sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.
Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari mata...Turun ke Hati...

Be Yourself.....Like me...

Quotes Myspace Comments

That's Me...

About Me Myspace Comments

Mencuba Yang Terbaik..

Quotes Myspace Comments

Yezaaaaaaaaaaa

About Me Myspace Comments

Terima Kasih Semua

Ini Lah AKU....

Tak Apa

Quotes Myspace Comments

Life Must Go On

Quotes Myspace Comments

Thanks a Lot

Terima Kasih..

Alhamdulillah