Pejam celik dah masuk 22 hari kita menunaikan ibadah puasa..Alhamdulilah setakat ni,diharapkan dipermudahkan lagi kita menjalankan ibadah ini..Minggu depan dah RAYA....Budak2 la paling suka nak raya ni..maunya tak,semua serba baru..main bunga api,bukan mercun...pasang pelita di halaman rumah..alangkah indah suasana malam ramadhan & syawal kita...Seperti biasa, PL akan menyediakan duit raya untuk para anak saudara serta sepupu kecik & tetamu yang datang..Menghulurkan sedikit adalah baik daripada tidak ada langsung...PL harap, Syawal kali ni lebih bermakna kepada semua..Dan pada semua, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA BILA BALIK KAMPUNG NANTI..Ingatlah orang yang tersayang..
Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan..Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Pada masa inilah umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Ini menandakan perayaan Hari Raya ini boleh dirai oleh semua tanpa ada mengira kaum...Semoga ikatan keluarga & SATU MALAYSIA kita akan menjadi lebih kukuh...
SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR & BATIN
0 comments:
Post a Comment