BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 5, 2011

Cinta Itu Milik Kita (Kepercayaan adalah CINTA)

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? 
Kepercayaan ialah elemen yang paling penting dalam bercinta. Setiap pasangan mesti memberikan kepercayaan 100% kepada pasangannya supaya hubungan yang terbina akan kekal dan tidak goyah dilanda masalah, sama ada kecil ataupun besar.
Apa yang pasti, setiap kepercayaan yang di beri disertakan sekali dengan harapan dan kejujuran supaya ia terus kekal bermakna. Kepercayaan ni memang perlu dititik beratkan, ia bukan benda remeh dan kecil.
Kepercayaan kepada seseorang perlu dipertahankan, jika tidak sesebuah hubungan pasti akan pudar dan hambar. Yelakan, mana boleh bercinta tanpa kepercayaan? Kita buat apa benda dan perkara sekalipun, kepercayaanlah yang dititikberatkan sama sekali. Tidak percaya maka tiadalah cinta.
Begitu sukar untuk memperoleh kepercayaan orang lain. Ingat senang ke nak meyakinkan orang lain kepada diri kita untuk memudahkan dia mempercayai diri kita, tapi amat – amat mudah bagi menghancurkan kepercayaan yang diberikan oleh orang lain.
Cinta jika bersama kepercayaan yang longgar pasti tidak akan bahagia.
  • Seseorang yang tidak mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada pasangannya akan memperolehi hubungan cinta yang amat perit.
  • Ini berlaku apabila salah satu daripadanya “buat perangai” dan juga melakukan perkara yang dilarang serta tidak diduga oleh pasangannya.
  • Setelah longgar kepercayaan, sudah tentu pelbagai pandangan negatif dan juga pemikiran yang tak sepatutnya terjadi difikir. Ia la, ia sudah tidak percaya lagi.
  • Apabila kepercayaan hilang dan menjadi kronik, pelbagai masalah akan muncul serta umumnya akan berasa “dikongkong”.
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan.

Oleh sebab itu, jaga dan peliharalah kepercayaan yang diberi oleh pasangan masing – masing supaya hubungan akan kekal kembang dan harum seperti biasa.
Pinky Lady81 :
Bagi aku cinta ni memang perlukan kepercayaan dan juga kesetiaan,lebih-lebih lagi bercinta jarak jauh,banyak dugaan yang bakal mendatang dan yang penting janganlah terlalu mendesak kepada si dia...Hargailah segala yang telah diberikan oleh pasang kita..Saling memahami&menghargai amat perlu..
cinta perlukan pengorbanan
Cinta itu tidak kira orang yang bercinta itu berada jauh atau dekat jaraknya..Cukup sekadar bertanya khabar dan berhubung melalui telefon, email atau apa2 saja yang boleh menghubungkan... dan hanya cinta yang ikhlas dan tulus sahaja akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Cinta memerlukan komitmen sepanjang masa..
Walau di mana pun kita berada, walau sejauh mana pun jarak kita dgn pasangan kita..hanya satu yang perlu kita sematkan dalam hati iaitu kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan..andai cinta yang terbina itu bersandarkan cinta yg ikhlas, InsyaAllah Allah akan sentiasa memelihara iman dan cinta kita...Amin.
~~I believe in u....~~

0 comments:

About Me Myspace Comments

Saturday, March 5, 2011

Cinta Itu Milik Kita (Kepercayaan adalah CINTA)

Posted by Pinky Lady at 3/05/2011 03:52:00 PM

0 comments on "Cinta Itu Milik Kita (Kepercayaan adalah CINTA)"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Be Yourself.....Like me...

Quotes Myspace Comments

That's Me...

About Me Myspace Comments

Mencuba Yang Terbaik..

Quotes Myspace Comments

Yezaaaaaaaaaaa

About Me Myspace Comments

Terima Kasih Semua

Ini Lah AKU....

Tak Apa

Quotes Myspace Comments

Life Must Go On

Quotes Myspace Comments

Thanks a Lot

Terima Kasih..

Alhamdulillah