BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 23, 2010

Jangan Mengungkit Kebaikan Yang Dibuat

Kita tidak pernah lupa pada kebaikan yang pernah kita atau orang lain lakukan. Kalau kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan banyak halangan dalam berhubung sesama manusia. Sama seperti pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:”Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan pada orang.”
Mari kita dalami pesanan Luqman tesebut.
1.       Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita bermaksud, apabila kita ingat akan kebaikan orang maka kita akan berasa kekurangan  kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
2.       Mengingati segala kejahatan yang telah kita lakukan bermaksud supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
3.       Lupakan kebaiakan yang pernah kita lakukan bermaksud apa-apa pun kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat. Ini kerana, takut nanti apabila kita sentiasa mengingati kebaikan yang kita lakukan alan menyebabkan syaitan memaut hati kita dan membisikan supaya kita mengungkit kebaiakan yang pernah kita lakukan.
4.       Lupakan kejahatan yang pernah orang lakukan kepada kita apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan. Sebagai manusia memanglah susah untuk kita melupakan kejahata yang pernah dilakukan orang terhadap kita tetapi agama menuntut kita supaya melupakan dan malawan supaya kita boleh melupakan kejahatan orang lain.
Marilah kita sama-sama melupakan kejahatan orang terhadap kita kerana tiada guna mengingati kejahatan orang kerana ianya boleh merosakkan akal serta kebahagian kita malah menjadikan hidup kita tidak ceria. Sama-samalah kita mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan supaya mendapat keredhaan Allah serta kebahagiaan dunia akhirat…
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: ”Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api”.

PL : Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan akan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai disisi Allah.

1 comments:

Pinky Lady said...

Betapa ruginya amalan perbuatan tersebut kerana habis begitu sahaja dengan hanya sekali ungkitan.

About Me Myspace Comments

Monday, August 23, 2010

Jangan Mengungkit Kebaikan Yang Dibuat

Posted by Pinky Lady at 8/23/2010 10:23:00 AM

1 comments on "Jangan Mengungkit Kebaikan Yang Dibuat"

Pinky Lady on August 23, 2010 at 10:25 AM said...

Betapa ruginya amalan perbuatan tersebut kerana habis begitu sahaja dengan hanya sekali ungkitan.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Be Yourself.....Like me...

Quotes Myspace Comments

That's Me...

About Me Myspace Comments

Mencuba Yang Terbaik..

Quotes Myspace Comments

Yezaaaaaaaaaaa

About Me Myspace Comments

Terima Kasih Semua

Ini Lah AKU....

Tak Apa

Quotes Myspace Comments

Life Must Go On

Quotes Myspace Comments

Thanks a Lot

Terima Kasih..

Alhamdulillah