1. Rajin-rajin lah mengerjakan solat kerana Ibadat Solat yang dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia merupakan kaedah terbaik untuk melegakan tekanan.
2. Sebelum tido,seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapukan diseluruh badan, seelok-eloknya tiga kali.
3. Sebagai umat Islam juga, sewajarnya kita membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.
4. Cubalah mendengar ayat-ayat al-Quran sekerap yang mungkin dan memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.
5. Kita juga dinasihatkan agar memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, maka syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negative.
6. Berdoa dan memohonlah pada Allah,mohon di jauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan,rezeki serta kebahagian.
0 comments:
Post a Comment