BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 12, 2010

Apa Itu CEMBURU??

Kecurangan pada pasangan atau hadirnya pihak ketiga pasti akan menjadi penyebab munculnya api cemburu dan perasaan terluka yang dirasakan pasangan kita. Tetapi untuk perasaan cemburu ini, lelaki dan wanita sangat berbeza dalam sikapnya. Lelaki lebih cenderung terganggu oleh ketidaksetiaan pasangannya, sementara wanita sering merasa terganggu oleh ketidaksetiaan emosional. Ada kajian yang mengatakan bahawa lelaki sering merasa bersalah setelah mereka melakukan kecurangan, sementara wanita merasa bersalah kerana terlalu emosional.
Cemburu menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta mesti pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak merasa rimas dan bosan pada anda.
Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat.
Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta. Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru-hara dengan pertengkaran.
Atasi cemburu yang tidak berasas ini, dengan mengunakan fikiran yang waras untuk mengawal emosi dan bukan sebaliknya. Apabila dihantui rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu. Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan saja anda dapat atasi rasa cemburu malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya si dia memang menipu, sekurang-kurangnya, anda sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan yang menentukan.
Cemburu memang sentiasa ada dan bahaya dalam setiap perhubungan. Cuba beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan.
Ingat kembali niat
Pertama, ingat semula niat. Mengapa dan untuk bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjaran yang baik. Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.
Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita. Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik justeru, anda akan mula belajar erti redha.
Ingatlah Maha Pencipta Kita
Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta. Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita, Insya-Allah rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.
Segalanya Mungkin
Selagi kita hidup, segalanya berkemungkinan akan berlaku. Bersiap sedia dan redha la sebaiknya. Tak semestinya kita kecewa sekali akan kecewa selamanya. Andai cemburu itu tanda sayanb, jangan la berlebihan. Andai cemburu mengakhiri sesebuah perhubungan itu, redha dan insafilah diri.

0 comments:

About Me Myspace Comments

Tuesday, October 12, 2010

Apa Itu CEMBURU??

Posted by Pinky Lady at 10/12/2010 12:45:00 PM

0 comments on "Apa Itu CEMBURU??"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Be Yourself.....Like me...

Quotes Myspace Comments

That's Me...

About Me Myspace Comments

Mencuba Yang Terbaik..

Quotes Myspace Comments

Yezaaaaaaaaaaa

About Me Myspace Comments

Terima Kasih Semua

Ini Lah AKU....

Tak Apa

Quotes Myspace Comments

Life Must Go On

Quotes Myspace Comments

Thanks a Lot

Terima Kasih..

Alhamdulillah