CINTA DATANG DARI HATI YANG LUHUR
Tanpa rasa cinta, perhubungan akan tergendala, emosi bercelaru dan semua menjadi tak menentu...Bukan mudah nak mengekalkan kasih andai jiwa kosong atau hati terpaut pada yang lain...Berilah cinta yang tulus pada pasangan anda..Jika cinta itu datang dari hati yang ikhlas, Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar..
TERUS DIBAJAI RASA HORMAT DAN PERCAYA
Walau sebanyak mana pun dugaan atau masalah yang datang melanda, bersabarlah...Sentiasa lah hormati pasangan kita sebagaimana mereka hormat pada kita..Berilah kepercayaan pada mereka..Setiap perhubungan memerlukan kepercayaan...Jika pasangan membuat kesilapan, berilah peluang kedua..Jangan terus menghukum melulu..
KURANGI SYAK WASANGKA
Jangan lah terlalu wasangka kerana wasangka itu boleh membuatkan pasangan kita berasa rimas dan menimbulkan rasa marah...Paling parah jika kemarahan itu bertukar benci lalu timbullah pekara yang tak diingini..Oleh itu, jangan lah selalu sangat berprasangka pada pasangan.. Berilah juga kepercayaan dengan syarat.......JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI PASANGAN KERANA TAKUT AKAN TERTIPU NANTI...
LUAHKAN KEKKUSUTAN
Jangan lah diam seribu bahasa bila marah atau tidak puas hati..Ada yang mengatakan diam boleh meleraikan kekusutan tapi berpada-padalah..jangan berdiam sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan...Luahkan segala kekusutan yang melanda dan saling memaafkan pasangan...
0 comments:
Post a Comment